Tuesday, 12 August 2014

Kedudukkan Ketampanan Bangtan Boys :: Bagi saya :P


 Tiba-tiba pulak jatuh cinta dengan kumpulan Bangtan Boys ni, mesti korang nak tahu siapa yang paling kacak bagi saya lah.. -_-
Jika ada siapa-siapa yang tidak puas hati dengan keputusan saya ni, diharap boleh tengok blog lain >_< !

Nombor 7 :

Entah kenapa saya rasa dia tak hansome.. -_-? Jangan marah ye peminat Rap Monster.. ;)  Saya bagi tengok korang sedikit gambar Rap Monster.

Nombor 6 :


Suga ni masih tidak berada di hati ini, CEH! Ayat jiwang. Apa pun fans Suga jangan marah yeh :*  |-_-\

Nombor 5 :

V atau Taehyung ni comel. Tapi tetap saya tak tertawan. :( Sob Sob Sob ):

Nombor 4 :




Nombor 3 :
 
Suka mata Jin! Comellah!! Walaupun Jin 'face of the group' dia bukanlah yang terkacak bagi saya ^_^

Nombor 2 :

Jungkook ni nampak cool lah kan? Dia jugak nampak berkarisma?? ;)

Nombor 1 :

Hansomenya!! Suka mata dia yang menggoda tu. Tambahan pula nampak cool dan berkarisma <3<3

Wednesday, 6 August 2014

Tips Menjadi Cikgu yang Dihormati dan Disayangi


Menjadi cikgu bukanlah senang, guru bersusah payah mengajar kita memberi ilmu. Kepada para guru-guru saya akan menulis tips untuk dihormati dan disayangi oleh murid-murid.

MEMUJI ANAK MURID
 Memuji anak murid adalah penting walaupun anak murid tidak sebagus mana. Pujian antara cara paling bagus supaya anak murid bertambah semangat belajar. Mari kita tengok dialog ini.

Cikgu : Bagusnya Abu, syabas kerana bersekolah hari ini. syabas yeh.
Abu : Aik, syabas lagi?
Cikgu : Yelah, sebab kamu datang sekolah hari ini.
Abu : Baiklah cikgu, saya akan selalu datang sekolah mulai hari ini dan belajar rajin-rajin!

Elakkan daripada memarahi anak murid sekiranya tidak hadir ke sekolah. Anak mengugut anak murid, kerana 50% murid daripad 50% akan tekanan atau takut dan soalan dibawah melayang-layang di fikiran sehingga tidak boleh fokus walaupun dah balik sekolah. Contoh dialog dibawah.

Cikgu : Abu, kenapa tidak hadir ke sekolah? Kamu ni pemalaslah! Buat surat rasmi nanti!
Abu : Baiklah cikgu, :(
Dalam hati Abu : Macam mana aku nak bagitau mak? Macam mana nak buat surat??

MENGAJAR DENGAN IKHLAS = SENYUM SELALU
Mengajar dengan ikhlas adalah perbuatan paling mulia sekali  . Contoh dialog dibawah.

Cikgu : Okay, semua faham? :)
Anak murid : Faham cikgu! :D
Cikgu habis masa
Anak murid: Baiknya cikgu tu, dahlah cantik. Nanti hari guru kita bagi beli beg bonia. (amik kau! kaw-kaw punya hadiah)

Jadi amacam nak try?

JANGAN MEMUKUL TERLALU KERAS
Ini sering terjadi, kerana cikgu tidak dapat menahan sabar. Tetapi cikgu haruslah sabar. Pukul tangan boleh tapi tidak boleh kepala = Menampar, menumbuk atau lain-lain.

AJAR CARA SENANG MURID NAK INGAT
Jika nak mengajar anak murid ni ajarlah yang senang difaham jangan yang tersusah. Tanya boleh faham, then bagi soalan yang diajar tadi kepada semua murid untuk detec mana satu yang tak faham. Diorang cakap je faham, tapi tak tahu pun sebenarnya. =-='

Cikgu : Boleh faham murid-murid?
Anak murid : Faham cikgu,
Cikgu :  Okay, Faiz kamu jawab soalan ini.
Faiz : Tak pandai cikgu, :(

Itulah yang selalu terjadi.

JANGAN BAGI KERJA RUMAH TERLALU BANYAK MASA CUTI SEKOLAH
Kenapa tak boleh? Boleh bagi dalam 10 soalan tapi tak perlulah sampai 30.  Kadang-kadang mereka nak meluangkan masa bila cuti ke, ataupun ada open house. Sibuk, lagipun cuti sekolah bagilah dorang enjoy, tak perlu suruh buat banyak-banyak.

Abu : Wei kau tau tak, hari Sabtu ni aku nak pergi melancong kat Langkawi dengan family,
Wei : Aiyoo.. Banyak bagus maa, saya pun pergi juga. Melancong di sabah.
Cikgu : Okay semua, cikgu nak korang buat kerja rumah ni muka surat 1 sampai 20. Buat yeh, awas tak buat. Berdiri dekat padang.
Abu & Wei : Hancur hati aku,

 Setakat itu jelah, Bye!!




Monday, 4 August 2014

~ Kedudukan Paling Tampan BigBang ~

Ahli kumpulan Big Bang 
Big Bang atau Bigbang (sering digayakan sebagai BIGBANG; makna harfiah: "Letupan Besar") merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang berada di bawah pengurusan YG Entertainment. Pembentukan kumpulan ini bermula daripada sebuah rancangan televisyen, Dokumentari Big Bang yang telah disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea.Big Bang dikenali melalui gaya muzik dan fesyen mereka yang unik dan tersendiri.
Kepopularan kumpulan muzik ini berkembang apabila lagu mereka yang bertajuk "lies" (거짓말 Geojitmal) pernah berada di tangga pertama di dalam carta muzik Korea selama tujuh minggu berturut-turut. Album mini mereka iaitu Hot Issue dan Stand Up juga mendapat sambutan yang membanggakan. Pada tahun 2009, kumpulan Big Bang meluaskan pengaruhnya dan telah menjadi artis paling dicari-cari di Korea Selatan. Mereka juga merupakan kumpulan artis luar pertama yang menerima anugerah "Pendatang Baharu Terbaik" dalam Anugerah Penyiaran Kabel Jepun dan merupakan artis Korea pertama yang menerima Anugerah Rakaman Jepun.
Pada tahun 2011, Big Bang melancarkan sebuah album mini dengan judul Tonight selepas dua tahun kumpulan muzik itu berpecah bagi melakukan aktiviti solo pada 2009 dan 2010. Album mini tersebut mendominasi kesemua carta dalam talian dan berjaya memperoleh tangga ketiga dalam carta Billboard Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama, kumpulan muzik ini telah mewakili kawasan Asia-Pasifik dan berjaya merangkul anugerah "Best Worldwide Act" di dalam Anugerah Muzik Eropah MTV.

Sekarang mari kita lihat kedudukan ketampanan ahli BigBang :

Nombor 5 :


Kang Dae sung - Kenapa 'Smiling Angle' ni nombor 5? Entahlah mungkin ahli BigBang memang SUPER HANSOME. Ada orang kata muka dia macam k.will.





Nombor 4 :

 
Ramai orang kata Taeyang atau Yongbae nama sebenar Taeyang ada 'smiling eyes'. Seungri pernah menjadikan Taeyang sebagai calon lelaki Sandara park.




Hmm.. Apa pendapat korang? Kesian pulak IU.

Nombor 3 :



 Seungri ni comellah! Seungri digelar sebagai 'Baby Panda' kerana lingkaran hitam di matanya. Tapi Seungri tetap comel. Maknae BigBang ni rapat dengan seorang member girl group Kara iaitu Goo hara!


Nombor 2 :

 
Saya sendiri pun tak percaya G-Dragon nombor 2, tapi dah nasib. Tapi kedudukan G-Dragon ini masih diragukan. Kerana saya pun tak pasti. G-Dragon pernah mempunyai skandal dengan, Sandara park, Cl, Sohee, dan Kiko Mizuhara artis Jepang.





Nombor 1 :





T.O.P. mengalahkan G-Dragon dalam ranking idol yang ingin sekali dijadikan teman lelaki. Top mendapat tempat pertama nombor dua baru G-Dragon. Betul ke orang kata Top macam muka Lee Min ho??











Sunday, 3 August 2014

TERBARU :: G-Dragon dan Taeyang Dalam Kemalangan Kecil Kereta

 
G-Dragon dan Taeyang telah terlibat dalam kemalangan kereta ketika mereka menuju ke acara yang dijadualkan di Busan, pada pukul 6 petang KST pada 2 Ogos.

Penyanyi dan kakitangan mereka mengambil lebuh raya dan kemalangan yang berlaku di Seonsan, wilayah Gyeongsang Utara. Tujuh kereta berlanggar, ahli-ahli BIGBANG sedang duduk dalam kereta ke-6, yang merupakan sebuah van. Pengurus mereka telah memandu, tetapi tidak ada orang yang cedera.

20140802 caraccident

http://www.hellokpop.com/wp-content/uploads/2014/08/caraccident.jpg 
G-Dragon, Taeyang dan kakitangan YG Entertainment telah dipindahkan ke kenderaan lain dan berjaya tiba di Busan untuk aktiviti-aktiviti mereka.

Sumber: Berita - SBS; Gambar - SBS, Bazaar Harper