Big Bang atau Bigbang (sering digayakan sebagai BIGBANG; makna harfiah: "Letupan Besar") merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang berada di bawah pengurusan YG Entertainment. Pembentukan kumpulan ini bermula daripada sebuah rancangan televisyen, Dokumentari Big Bang yang telah disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea.Big Bang dikenali melalui gaya muzik dan fesyen mereka yang unik dan tersendiri.
Kepopularan kumpulan muzik ini berkembang apabila lagu mereka yang bertajuk "lies" (거짓말 Geojitmal) pernah berada di tangga pertama di dalam carta muzik Korea selama tujuh minggu berturut-turut. Album mini mereka iaitu Hot Issue dan Stand Up juga mendapat sambutan yang membanggakan. Pada tahun 2009, kumpulan Big Bang meluaskan pengaruhnya dan telah menjadi artis paling dicari-cari di Korea Selatan. Mereka juga merupakan kumpulan artis luar pertama yang menerima anugerah "Pendatang Baharu Terbaik" dalam Anugerah Penyiaran Kabel Jepun dan merupakan artis Korea pertama yang menerima Anugerah Rakaman Jepun.
Pada tahun 2011, Big Bang melancarkan sebuah album mini dengan judul Tonight selepas dua tahun kumpulan muzik itu berpecah bagi melakukan aktiviti solo pada 2009 dan 2010. Album mini tersebut mendominasi kesemua carta dalam talian dan berjaya memperoleh tangga ketiga dalam carta Billboard Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama, kumpulan muzik ini telah mewakili kawasan Asia-Pasifik dan berjaya merangkul anugerah "Best Worldwide Act" di dalam Anugerah Muzik Eropah MTV.
Sekarang mari kita lihat kedudukan ketampanan ahli BigBang :
Nombor 5 :

Kang Dae sung - Kenapa 'Smiling Angle' ni nombor 5? Entahlah mungkin ahli BigBang memang SUPER HANSOME. Ada orang kata muka dia macam k.will.
Nombor 4 :
Ramai orang kata Taeyang atau Yongbae nama sebenar Taeyang ada 'smiling eyes'. Seungri pernah menjadikan Taeyang sebagai calon lelaki Sandara park.
Hmm.. Apa pendapat korang? Kesian pulak IU.
Nombor 3 :

Seungri ni comellah! Seungri digelar sebagai 'Baby Panda' kerana lingkaran hitam di matanya. Tapi Seungri tetap comel. Maknae BigBang ni rapat dengan seorang member girl group Kara iaitu Goo hara!


Nombor 2 :
Saya sendiri pun tak percaya G-Dragon nombor 2, tapi dah nasib. Tapi kedudukan G-Dragon ini masih diragukan. Kerana saya pun tak pasti. G-Dragon pernah mempunyai skandal dengan, Sandara park, Cl, Sohee, dan Kiko Mizuhara artis Jepang.
Nombor 1 :
T.O.P. mengalahkan G-Dragon dalam ranking idol yang ingin sekali dijadikan teman lelaki. Top mendapat tempat pertama nombor dua baru G-Dragon. Betul ke orang kata Top macam muka Lee Min ho??

No comments:
Post a Comment